Monday

Duit cukup kerana sedekah

Alhamdulillah,, Duit cukup kerana sedekah,, betul ke? Kenapa tidak? Eh,duit belanja sehari hari mungkin RM15,tak kan nak sedekah RM 1 pun tak boleh kan. Nilai yang disedekahkan tidak penting, yang penting keikhlasan memberi.



Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Tak rugi pun, sedekah sedikit atau banyak. Allah tidak menilai berapa banyak yang anda beri, keikhlasan yang penting. sedekah Banyak lagi bagus. Banyak kelebihan apabila kita memberi. Niat yang baik,insyaallah Allah akan bantu. Silap-silap bila kita bersedekah, duit bukan tak cukup,tapi lebih plak kan. Dah,tak payah buang masa, teruskan bersedekah. Saya dah anda bila lagi? Huhu

Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak akan datang waktu pagi kecuali turunnya dua malaikat. Salah satunya berkata: 'ya Allah, berilah ganti pada yang bersedekah itu' yang lainnya berkata: 'ya Allah,  berilah kebinasaan pada yang kedekut itu'"
Riwayat bukhari dan Muslim

Sunday

Penantian memang satu penyiksaan

huh.. tajuk nie best kan. penantian adalah satu penyiksaan. Semua PASTI setuju dengan pendapat saya kan? semua nie disebabkan menanti sebuah buku yang masih di dalam proses dijilidkan. hari demi hari, saat demi saat ku tunggu mu wahai buku "biar sedikit asal diberkati". Biasa la kan hidup perlu topup ilmu. Sikit-sikit lama-lama Terbaik la.

bukan apa, tak sabar sebenarnya nak baca buku nie. Tajuk macam best, insyaallah pasti best.

buku nie dikarang oleh Tuan Wan Kamarul Ariffin. Sejujurnya saya belum mengenali Si Pengarang buku nih. tu la salah satu sebab teruja nak baca buku nih..hehe. tak kenal maka tak cinta. dah kenal tergila gila

siap minggu lepas dah buat payment, penghantaran berkemungkinan pada 7 januari 2015. Lambat lagi la. 2015

kalau korang nak BELI buku nih cer buka kat website nih BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI

apa?nak pinjam? huhu sory. cikgu saya cakap kalau nak belajar kena usaha sikit. buat la pelaburan sikit. ilmu ibarat pelaburan. tak dak ilmu tak dak duit.



Monday

BELI ATAU SEWA??

membeli atau menyewa???Sewa apa.? RUMAH.. erghhhh.. mana satu nih. Pendapat saya lebih baik membeli dari menyewa. Membeli untuk jangka masa panjang la. apa kata korang. mana lebih baik.


Bayi berusia dua bulan dikhatankan 13/12/2014 LANGKAWI

ha, kejadian nih dekat HOSPITAL LANGKAWI 13/12/2014 sabtu, majlis berkhatan seramai 25 orang dibawah pengurusan Surau Taman Cenderawasih Pulau Langkawi, Pengerusinya En Puadi Mahmud. yang bayi dua bulan tu anak Tn Pengarah Hospital Langkawi Dr Mansor. Macam meriah ja majlis tu. siap dimandikan dengan pancuran paip bomba.

macam best ja mandi paip bomba
HA,tu Dr Mansur dengan anaknya yang dikhatankan



CINTA? ADA APA DENGAN CINTA


Cinta nie satu perasaan yang unik kan. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal tergila-gila. Cinta tidak mudah untuk diungkap. Selalunya orang yang bernar-benar mencintai ia akan ungkapkan melalui perbuatan, bukan dengan berkata aku cinta kau. Ye la kan, kalau kawan-kawan tanya, “awat yang hang suka,cinta sangat dekat dia” benda macam tu pun dah tak mampu nak jawab. Yang kita tahu hanya dia dekat hati kita. memang takdak dah orang lain. Biar kawan-kawan suggest wanita solehah pun dah tak Nampak. Itu yang pelik cinta nih. Tapi tu la kan, kadang-kadang cinta bertepuk memang menyakitkan. Kita kejar dia, dia mencari yang lain.

Dia tak Nampak yang kita setia menanti. Hmmm, itu la kehidupan kan. Biar dia gemuk ke, kurus ke. Nampak cantik situ la. Unik kan cinta nih. Nak text mesej nak bagitau kata cinta tak keluar,,last mesti buat ayat berkaitan. Ingat nak bagi dia faham, hampeh tak faham pun. Yang paling pelik, bila dah cinta nie, kita sanggup simpan gambar, mesej dan apa saja berkaitan dengan dia. Kalau mesej orang lain buang macam tak penting pun. Tu baru mesej, kalau kita kol tapi dia tak angkat lagi risau. Merata cari. Facebook,wechat,whatsup kawan-kawan dia merata la cari.

Kiranya kalau dia rindu, dia perlukan kita. sebenarnya kita sentiasa menanti. Mungkin kita hanya diperlukan waktu susah ja. Kesimpulannya Bila kita cinta seseorang, kita tak mungkin ada yang lain.
Bagi yang ada cinta. Dua pilihan dalm bercinta, memilih atau dipilih. Jika memilih pilihlah dan Cintailah sebaik yang mungkin. Jika dipilih jadilah yang terbaik dan cintailah sebaik yang mungkin



Sunday

Tambah folder pada menu "send to"

 ok...today i want to tech u all how we want to add folder on right click menu ^_^



















ha,,like this!!!

kita pendekkan cerita....

1. create shortcut pada folder yang nak ditambah pada "sendTo" (cer tengok gambar kat bawah)




















2. korang buka mycomputer > c: > documents & settings > user

   ***user tu ikut laptop korang la....ada yang letak nama "cintan manis""lobak merah" n mcm2 la... pastu korang cari folder "sendTo" n buka folder tu...after that, korang ambil shortcut yang korang create awal2 tadi,pastekn kat dalam folder "sendTo"


Siap!!!

***sorry i malas nk masukkan gambar byk2...rasa nyemak ja

easy Tips**How to make "Copy To "


  • Click on Start.
  • Click on Run.
  • then type this command to open the Registry Editor:
  • regedit
  • click on OK.
  • Then Follow the path in the Registry Editor:
    HKEY_CLASSES_ROOT >> AllFilesystemObjects >> shellex >> ContextMenuHandlers
  • Give it this name:
  • Copy To



Click on Copy To folder, in right side Double-Click on Default


  • Give it, this Value:
  • {C2FBB630-2971-11d1-A18C-00C04FD75D13}



  • Click OK.
    yeahhh! Copy To have been added to your computer!.



    Perbezaan USB 2.0 DAN 3.0

    Adakah USB 3.0 lebih laju daripada USB 2.0??? compatible ke x?

    USB 2.0 vs 3.0: Ports and Cables

    haa.. perbezaan dari warna pun kita dah boleh taw.. 3.0 warna biru, 2.0 warna hitam @ putih
    USB 3.0 and 2.0 Ports
    standard cable macam gambar kat bawah nih klw nak taw mna satu 2.0, 3.0 bleh rujuk warna pin dalam samada hitam,putih @ biru..

    Ketahui cara membaca meter elektrik?


    Hanya tahu membayar bil tetapi tidak penah mengambil tahu bagaimana pengiraan dibuat?

    Haa.. meh kita kongsi-kongsi kat sini.

    Meter Elektrik adalah satu alat untuk menilai jumlah penggunaan tenaga elektrik. 2 jenis meter Domestik yang umumnya digunakan di Malaysia: 

    1. Satu fasa
    2. Tiga fasa

    Ketahui cara membaca meter elektrik

    Meter satu Fasa
    KMSB (Krizik Malaysia Sdn Bhd)
    Model: EIS
    Contoh 1: bacaan adalah 223 kWh



    MIM (Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd)
    Model: G3
    contoh 2: bacaan adalah 5567 kWh


    Smart Meters ( Smart Meters Technologies Sdn Bhd)
    Model: PHOENIX SERIES 2
    contoh 3: bacaan adalah 0 kWh

    Misa (MISA Sdn Bhd)
    Model: MIES-TRO 1
    contoh 4: bacaan adalah 67 kWh


    Sumber: TNB MALAYSIA


    Untuk mengetahui tip jimat elektrik dengan lebih lanjut dapatkan ebook PANDUAN JIMAT ELEKTRIK

    Meter tiga fasa

    Yang nie lain sikit. Kita kena tunggu display screen naik bacaan kWh. Julat selang masa dalam 10 saat.

    Metertek Sdn Bhd
    Model: Actaris SL7000
    Example 1: The reading on the LCD display shows 1 kWh


    MISA Sdn Bhd
    Model: Miestro-WC
    Example 2: The reading on the LCD display shows 0 kWh


    Krizik Malaysia Sdn Bhd
    Model: PRI Sprint
    Example 3: The reading on the LCD display shows 0 kWh


    Malaysian Intelligent Meters (MIM) Sdn Bhd
    Model: Metronix Smart
    Example 4: The reading on the LCD display shows 0 kWh


    Smart Meter Technologies Sdn Bhd
    Model: MK6N Genius
    Example 5: The reading on the LCD display shows 14.92 kWh



    Sumber: TNB MALAYSIA


    Untuk mengetahui tip jimat elektrik dengan lebih lanjut dapatkan ebook PANDUAN JIMAT ELEKTRIK

    PANDUAN 10 MINIT JIMAT ELEKTRIK (AIRCOND)

    Penyaman udara (AIRCOND)

    Sebagai pengguna yang bijak kita perlu fikirkan adakah ia keperluan atau kemahuan sahaja. Jika sekadar kemahuan abaikan saja penyaman udara. Tidak perlu membeli dan tidak perlu gunakan.
    “Habis tu, kami panas la”. Banyak cara yang boleh kita atasi masalah panas. Melalui system pengudaraan rumah. Guna alternative lain seperti mengunakan kipas bagi menggantikan penyaman udara.


    JIKA ANDA RASA PENYAMAN UDARA ADALAH SATU KEPERLUAN. BELI DAN GUNA SEPERTI TIPS 10 MINIT JIMAT ELEKTRIK YANG SAYA CADANGKAN.


    • Beli yang berlabel 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga.Ujian makmal menunjukkan ia akan       menggunakan kurang 25% tenaga elektrik daripada jenis yang standard/biasa.
    • Harga akan lebih mahal sedikit dalam beberapa ratus RM tetapi dengan tempoh penggunaan hingga 7-10 tahun, berbaloi dan akan lebih berbaloi jika ada kenaikan tariff elektrik.
    • Pastikan ruang yang sama ada juga dipasang kipas dan guna kipas saja kalau rasa cuaca agak   selesa dan tak perlukan penyaman udara dihidupkan
    • Tetapkan suhu dalam linkungan 24 -26oCelcius
    • Pastikan tiada/minimumkan apa-apa bukaan yang membolehkan udara yang lebih panas           masuk atau udara sejuk keluar dari bilik/ruang. Pastikan tiada kebocoran udara seperti bidai     tingkap atau ruang-ruang berlubang.
    • Jika sejuk pada waktu malam/musim hujan, naikkan suhu @ gunakan kipas sahaja.
    • Tetapkan suhu lebih tinggi dalam musim hujan sebab cuaca lebih sejuk di luar
    • selenggarakan penyaman udara anda apabila perlu. sentiasalah cuci penapis.

    Untuk mengetahui tip jimat elektrik dengan lebih lanjut dapatkan ebook PANDUAN JIMAT ELEKTRIK

    Adakah Alat jimat elektrik Diiktiraf??

    Baru-baru ini saya ada mengatakan perihal alat penjimat elektrik. hari ini saya terbaca satu artikel harakah mengenai alat penjimat elektrik tidak diiktiraf oleh TNB sama sekali. Jadi dah terbukti kan.. ^_^

    PANDUAN 10 MINIT JIMAT ELEKTRIK (Setrika)

    Sepertimana yang kita tahu setrika @ iron merupakan komponen utama di dalam sesebuah rumah tangga. Dunia sekarang sudah maju, bukan seperti zaman dahulu (sterika arang) Jimat elektrik. Sekarang sterika mengunakan tenaga elektrik. Jadi kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih peralatan yang tepat penggunaannya.

    Saturday

    Kunci KEWANGAN adlh sabar!!! SABAR!!

    Slm bijak Wang ^_^

    Kesabaranlah yg jdikn kita berjaya...

    Sebagai contoh: si A Dan B bekerja di tempat yang sama,gaji sebanyak RM1200..

    Menjual masa hadapan dengan meminjam

    salam bijak wang ^_^

    Baru-Baru masih ada kawan-kawan inbox, kenapa berkongsi mengenai meminjam. "sengaja nak kata dekat aku ke?" lebih kurang la. Huhu. Barang siapa yang termakan cili,dye yang berasa pedas. Aku, aku ok nk pinjamkan duit... Aku ksiankn kawan-kawan, tapi kawan-kawan tak cuba untuk kesiankan diri sendiri. Meminjam bagaikan menjual kehidupan masa hadapan anda! Meminjam akan menyebabkan,bulan depan kita kena gunakan duit gaji bulan depan untuk bayar balik duit yang dipinjam. Itu yg rugi. Keje pagi petang,siang,malam, cukup bulan bayar hutang. Cubalah kita jangan menjadi Hamba kpd wang, biar wang yang menjadi hamba kita.

    WoW rokok menjana wang

    Fakta !!!

    Panduan Berkesan Untuk menguruskan wang anda

    Kehidupan seharian perlu dirancang dengan dengan sebaik yang mungkin. Jika kita tidak merancang, ini bermakna kita merancang untuk gagal dalam kehidupan.

    Pengurusan kewangan adalah sangat penting di masa sekarang. Hal ini kerana, disebabkan dunia sekarang kian mencabar. Seringkali kita dengar, wang bukan segalanya, tetapi hakikatnya segala-galanya perlukan wang. Pengurusan kewangan akan bermula apabila kita belajar untuk menguruskan kewangan kita. Persoalannya kenapa masih ramai yang gagal dalam menguruskan wang?




    Perasaan tidak pernah cukup dengan WANG yang ada

    Slm bijak Wang ^_^

    Persoalan? kenapa? Kenapa kita selalu merasakan wang tidak pernah cukup? Adakah gaji yang kita perolehi adalah sedikit?



    Panduan Menyimpan Menurut Surah Yusuf


    Ayat-ayat al-Quran mempunyai terjemahan dan tafsirannya tersendiri. Al-Quran hanya menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia. Manakala kita sebagai manusia biasa perlu mengkaji terjemahan dan tafsiran ayat al-Quran atau mempelajarinya terus daripada orang yang telah membuat kajian mengenai ayat-ayat al-Quran. Mungkin sekiranya kita membaca sendiri terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita tidak akan memahami ayat-ayat tersebut secara terus kerana ia mengandungi maksud tersurat dan tersirat mengenai sesuatu. Adalah lebih baik sekiranya kita membaca buku-buku yang membincangkan terus mengenai tafsiran ayat-ayat al-Quran ini mengenai bab-bab tertentu. Contohnya adalah seperti berikut:


    Jom Bijak © 2014. All Rights Reserved | Powered By Blogger | Blogger Templates | Designed by-Dapinder