Kehidupan seharian perlu dirancang dengan dengan sebaik yang
mungkin. Jika kita tidak merancang, ini bermakna kita merancang untuk gagal
dalam kehidupan.
Pengurusan kewangan adalah sangat penting di masa sekarang. Hal
ini kerana, disebabkan dunia sekarang kian mencabar. Seringkali kita dengar,
wang bukan segalanya, tetapi hakikatnya segala-galanya perlukan wang. Pengurusan
kewangan akan bermula apabila kita belajar untuk menguruskan kewangan kita. Persoalannya
kenapa masih ramai yang gagal dalam menguruskan wang?
Hanya yang serius dan betul-betul ingin dibantu bagi
mengubah cara menguruskan wang
INI ADALAH PANDUAN BERKESAN UNTUK MENGURUSKAN WANG ANDA
INI ADALAH PANDUAN BERKESAN UNTUK MENGURUSKAN WANG ANDA
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Tetapkan matlamat kehidupan. Apakah yang ingin kita capai
dalam tempoh 3,5,7,10 tahun yang akan datang? Kita perlu ada perancangan masa
pendek dan juga masa panjang.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi dan halal
Di dalam al-quran telah menyebut perihal menyimpan. surah
Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan
bersungguh-sungguh.
“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya
; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan
datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan
menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang
kamu simpan (untuk dijadikan benih) ” Surah Yusuf : 47-48
Untuk lebih penjelasan sila KLIK SINI
3. Simpan Sebelum Berbelanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil
tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah
selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan
terlebih dahulu. Dimana keperluan dan dimana kemahuan. Fikirkan sebelum
berbelanja.
Formula Terbaik :
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah kan. Tapi benda mudah jangan ambil mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Utamakan yang lebih utama. Kita perlu mengenal pasti
keutamaan perbelanjaan kita. kenalpasti segala perbelanjaan samada perlu atau
tidak. Ingat! Beli yang perlu sahaja!. Sebagai contoh kita perlukan 1 helai baju.
Tetapi disebabkan shopping mall membuat promosi pembelian 3 helai lebih murah,
jadi kita terus membeli 3 helai. Sedangkan yang kita perlukan hanya sehelai,
jadi beli yang perlu sahaja. Selamatkan duit anda.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan
sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan
efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan
adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam
pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak
mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang
dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan
bisnes? banyakkan membaca mengenai kewangan. Rich dad poor dad, azizi ali, dan banyak lagi.
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak
memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta
sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah
semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber
haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya!
Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang,
hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
dapatkan Ebook Pendedahan kewangan Peribadi Yang sebenar KLIK SINI
dapatkan Ebook Pendedahan kewangan Peribadi Yang sebenar KLIK SINI




No comments:
Post a Comment