Ayat-ayat al-Quran mempunyai terjemahan dan tafsirannya tersendiri. Al-Quran hanya menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia. Manakala kita sebagai manusia biasa perlu mengkaji terjemahan dan tafsiran ayat al-Quran atau mempelajarinya terus daripada orang yang telah membuat kajian mengenai ayat-ayat al-Quran. Mungkin sekiranya kita membaca sendiri terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita tidak akan memahami ayat-ayat tersebut secara terus kerana ia mengandungi maksud tersurat dan tersirat mengenai sesuatu. Adalah lebih baik sekiranya kita membaca buku-buku yang membincangkan terus mengenai tafsiran ayat-ayat al-Quran ini mengenai bab-bab tertentu. Contohnya adalah seperti berikut:
1. Sekiranya kita ingin mengetahui mengenai kisah-kisah kaum
terdahulu di dalam al-Quran, adalah lebih baik kita membaca buku Kaum-kaum yang
Pupus tulisan Harun Yahya. Buku ini memperincikan ayat-ayat al-Quran yang
menceritakan kaum-kaum terdahulu yang sudah tiada lagi di alam yang fana ini.
Kaum-kaum yang diceritkan dalam buku ini ialah kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Kaum
Saba’ dan lain-lain lagi.
2. Untuk mengetahui ayat-ayat al-Quran yang menyebut
mengenai riba’ secara terperinci, adalah lebih baik kita membaca buku Riba dan
Isu Kewangan Semasa tulisan Zaharuddin Abd. Rahman dan Riba : Perangkap Dosa
Besar dalam Urusan Kewangan tulisan Hisham Ahmad.
Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara
dan saudari sekalian mengenai panduan menyimpan menurut Surah Yusuf : 47 yang
dibincangkan di dalam buku Rancang Wang dari Sekarang tulisan Pakdi. Ayat
tersebut berbunyi :
“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya
; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan
datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan
menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang
kamu simpan (untuk dijadikan benih) ” Surah Yusuf : 47-48
Daripada ayat di atas terutama ayat 47, ada tiga isi utama
yang dapat kita fahami iaitu:
1. Menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,
kemudian apa yang tanam.
2. Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya.
3. Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk
makan.
Panduan Pertama
Dari isi pertama ayat di atas, kita perlu menyimpan dahulu
pendapatan yang kita perolehi dan bukannya berbelanja dahulu dan menyimpan
sekiranya ada lebihan. Formula yang sebetulnya untuk menyimpan adalah seperti
berikut:
Gaji – Simpanan = Perbelanjaan
Adakah anda biasa mendengar bahawa ada yang mengatakan
bahawa “Duit di hadapan mata jangan harap akan disimpan.” Ini adalah kerana
bahawa kita akan menggunakan duit tersebut walaupun kita telah mengasingkannya
dengan akaun lain. Memang betul, saya pun mengalami perkara sebegini. Ini
adalah kerana kita akan berasa ‘gatal tangan’ untuk menggunakan duit tersebut
setelah sampai satu ketika. Bagaimana supaya ia ‘tidak kelihatan di hadapan
mata kita’ ? Tidak lain dan tidak bukan ialah kita perlu membuat potongan gaji
ke tempat duit ini tidak dapat diambil ataupun di tempat yang tidak mempunyai
kad ATM supaya menyekat tangan kita dari mengambilnya. Tidak lain dan tidak
bukan ialah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Tabung Haji (TH) ataupun di
Koperasi syarikat anda,. Buat sahaja potongan gaji, InsyaAllah, ia akan
membentuk disiplin anda untuk menyimpan. Saya ada juga membincangkan prinsip
menyimpan menggunakan Konsep Sendal Baji sebelum ini (Klik di sini).
Duit perlu disimpan walaupun sedikit. Mungkin ada antara
kita yang mungkin tidak mengusik gajinya sehingga tiga bulan dan ada yang tidak
mampu menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Sedikit atau banyak pendapatan kita,
kita perlu menyimpannya jua kerana prinsip utama pengurusan kewangan adalah
menyimpan.
Kita bekerja dari bulan ke bulan. Jika kita menyimpan RM500
pada bulan ini, bulan depan kita menyimpan RM500 lagi, ini menjadikan kita
lebih kaya pada bulan hadapan berbanding bulan ini sebanyak RM500. Menyimpan
dan terus menyimpan. Kita tidak mungkin menjadi lebih kaya dengan berbanding
orang lain. Pegang sahaja prinsip rezeki orang jangan diusik, rezeki diri
sendiri kita pertahankan. Anda bagaimana?
Panduan Kedua
Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya. Ayat ini menunjukkan
bahawa gandum perlu dibiarkan pada tangkainya sahaja dan disimpan. Ini adalah
untuk mengekalkan khasiat gandum sebelum tujuh tahun sebelum ia digunakan
sewaktu tujuh tahun zaman kesusahan.
Apa yang kita boleh tamsilkan ayat ini kepada kita? Sudah
tentu ayat ini menyuruh kita agar menukarkan duit kita kepada dalam bentuk aset
ataupun komoditi seperti emas, perak, hartanah dan sebagainya. Kita perlu
menukar duit kita dalam bentuk aset kerana supaya duit simpanan kita itu kalis
inflasi. Duit RM50 dalam poket kita pada hari ini adalah tidak sama dengan
nilainya untuk tempoh 5 tahun akan
datang. Sekiranya anda tidak mahu menukar dalam bentuk aset sekalipun, anda
boleh menyimpannya ditempat-tempat yang memberi pulangan dividen yang lebih
tinggi daripada nilai inflasi tahunan semasa.
Setiap pendapat boleh diterima dan ditolak. Saya tertarik
dengan ceramah Sheikh Imran Hussein yang menyatakan bahawa Islam hanya
membenarkan urus niaga secara tunai sahaja. Memang betul, sekiranya kita ingin
menukarkan duit kita ke dalam bentuk komoditi seperti emas pastikan ianya
dibeli secara tunai.
Panduan Ketiga
Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Ayat menyeru kepada kita supaya berbelanja setelah kita memperuntukkan jumlah
untuk disimpan. Kita perlu tahu komitmen kita setiap bulan untuk makan minum,
bil-bil, sewa, hutang-hutang dan sebagainya. Adalah tidak cerdik dipandang
orang apabila kita berbelanja melebihi pendapatan kita setiap bulan.
Wallhua’lam.
Karangan daripada Tuan Kamarul "biar sedikit asalkan diberkati"
Karangan daripada Tuan Kamarul "biar sedikit asalkan diberkati"





No comments:
Post a Comment